..::PEPERANGAN KHAIBAR::..

July 26th, 2006 by azreenahjmastor

Muslim’s inspiration..our victory against Khaibari Jews..

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Punca meletusnya peperangan

    Pada penghujung bulan Muharram tahun 7 hijrah telah berlakunya peperangan Khaibar . Ia berlaku di satu tempat yang bernama Khaibar iaitu sebuah tempat yang diduduki oleh Yahudi yang terletak kira-kira 80 hingga 100 batu utara Madinah. Sebab meletusnya peperangan ini adalah kerana setelah Rasulullah S.A.W membuat kajian mengenai tiga puak yang telah berperang dengan tentera Islam dalam peperangan Hudaibiah sebelum ini di mana hasilnya salah satu pihak telah mematuhi apa yang telah disepakati dan hanya tinggal dua puak sahaja yang belum menunjukkan sikap patuh dan taat iaitu yahudi dan kabilah an-Najdi. Perkara ini dianggap begitu kritikal sehingga mereka benar-benar tunduk dan patuh kepada Daulah Islamiah dalam menjamin keamanan dan ketenteraman. Oleh itu perlu diambil tindakan segera walau pun terpaksa menumpahkan darah sehingga Islam mampu disampaikan.Yahudi yang berkubu di Khaibar merupakan antara mereka yang terlibat dan bersatu dengan musuh Islam yang lain dalam menyerang tentera Islam dalam peperangan Ahzab. Mereka juga merupakan penghasut yang menanamkan sikap permusuhan dalam diri bani Quraizah dalam menentang Islam. Mereka juga merupakan orang tengah yang berhubung dengan puak munafik dalam membuat kacau terhadap Daulah Islamiah. Selepas itu sebab yang paling besar ialah sikap keras kepala mereka yang mengundang untuk berlakunya peperangan antara mereka dan tentera Islam. Sebagaimana maklum, sebelum ini masalah pengkhianatan dan pakatan yahudi dalam kawasan Madinah telah dapat diselesaikan oleh Rasulullah S.A.W dengan berlakunya beberapa siri penghalauan mereka dari Madinah. Kita lihat di sini betapa kedegilan golongan yahudi terus berlaku semenjak nabi-nabi terdahulu sehingga zaman kita sekarang ini. Mereka tidak pernah tunduk dan patuh pada setiap perjanjian yang dibuat termasuk apa yang kita lihat sekarang dengan peristiwa yang berlaku di bumi Palestin semenjak pencerobohan pada 15 Mei 1948 iaitu  51 tahun sebelum ini.Jika di masa Rasulullah S.A.W menjadi pemimpin Daulah Islamiah di Madinah pun mereka melanggar perjanjian yang dibuat apatah lagi pada zaman kita sekarang di mana Daulah Islamiah tidak ada maka kejahatan dan kebiapan mereka lebih jelas dan terang.Kebiadapan mereka dipandang remeh oleh pemimpin sekular yang menganggap bahawa bumi Palestin adalah milik mereka bukannya milik umat Islam keseluruhannya.Kita perlu ingat amaran daripada Sultan Abdul Hamid II ketika khilafah Uthmaniah begitu lemah namun dengan rasa bertanggungjawab beliau menolak permintaan daripada barat agar menyerah bumi Palestin kepada mereka. Baginda menyatakan bahawa bumi Palestin milik seluruh umat Islam dan untuk mengambilnya maka terpaksa melangkah mayat umat Islam terlebih dahulu. Kita juga perlu ingat kata-kata Sayyidina Umar al-Khottab ketika mula-mula membuka

kota

Baitul Maqdis daripada cengkaman kuffaryang berbunyi :" Kita merupakan kaum yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam, selagimana kita berpegang dengan Islam maka selagi itu kita akan dimuliakan tetapi jika kita meninggal Islam maka kehinaan akan menimpa kita".

Kekuatan musuh dan pakatan munafik

    Yahudi di Khaibar mempunyai kubu-kubu yang kukuh dan memiliki lebih kurang 10 ribu tentera serta kelengkapan senjata yang banyak. Mereka merupakan pengkhianat dan pencetus huru-hara yang mesti dihancurkan sebelum bergerak lebih agresif dan bakal menggugat ketenteraman terhadap kerajaan Islam di Madinah. Oleh sebab itu, Rassulullah S.A.W telah mengambil tindakan segera dengan mengumpul bala tentera Islam untuk keluar ke Khaibar.Bilangan tentera Islam yang turut serta dalam peperangan ini ialah seramai 1600 orang dengan 2 ratus tentera berkuda dan bersama mereka mereka yang pernah turut serta dalam peperangan Hudaibiah. Sebelum itu Rasulullah S.A.W telah mengarahkan agar hanya mereka yang benar-benar ingin dan bersedia untuk keluar berperang sahaja yang turut serta dalam peperangan ini.Ini merupakan satu strategi awal yang penting dalam menjamin sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku jika mereka yang tidak bersedia untuk berperang turut keluar bersama mereka dalam peperangan ini.
    Pada masa yang sama puak munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai telah menghantar

surat

kepada yahudi Khaibar tentang kemaraan tentera Islam ke tempat mereka untuk memerangi yahudi Khaibar. Apabila menerima berita daripada puak munafik maka yahudi Khaibar terus menghantar Kinanah bin Abu al-Hakik dan Hauzah bin Qais ke Ghatfan bagi tujuan meminta bantuan daripada munafik kerana puak munafik telah berjanji dengan yahudi Khaibar mengenai perkara ini sebelum ini serta mereka sepakat dalam menentang Islam.Puak munafik memberi syarat iaitu mereka akan mendapat sebahagian daripada hasil tanaman Khaibar sekiranya tentera Islam berjaya ditewaskan.Inilah dia kejahatan yang jelas pada diri puak munafik di mana mereka hanya beriman pada mulut tetapi dalam hati mereka tersimpan dendam kesumat terhadap Islam. Mereka merupakan musuh dalam selimut atau pun gunting dalam lipatan kepada Islam. Pergerakan mereka lebih sukar dibaca berbanding yahudi atau pun kuffar yang lain.Pada zaman kita sekarang ini lebih ramai lahirnya puak munafik yang mengatakan bahawa mereka mahu juga kepada Islam sedangkan tindakan mereka adalah untuk melunturkan semangat jihad dan menguburkan Islam dalam jangka masa yang panjang dengan sistem sekular yang diamalkan.Ingatlah kata-kata mufti terakhir pada zaman Khilafah Uthmaniah yang menyatakan sekular merupakan revolusi kerajaan terhadap rakyat dan ia merupakan jalan atau sistem yang secara mudah akan membawa kepada murtad.

Peristiwa sepanjang perjalanan ke Khaibar

     Rasulullah S.A.W terus mara menuju Khaibar melalui Bukit Asr kemudian Sohba’ dan seterusnya turun ke sebuah wadi yang dipanggil ar-Raji’ di mana jarak antaranya dengan Ghatfan adalah sehari semalam perjalanan. Mereka tiba di Ghatfan dan meneruskan perjalanan ke Khaibar bagi membuat perhitungan dengan yahudi di

sana

. Ketika mereka berada dipertengahan   jalan maka terdengar suara di belakang mereka dengan suara ketakutan dan kebimbangan. Suara itu merupakan suara penduduk di kampung antara Ghatfan dan Khaibar yang mana mereka beranggapan bahawa tentera Islam mahu memerangi mereka tetapi sebenarnya adalah sebaliknya.Mereka terus mengambil tindakan dengan menjauhkan diri daripada tentera Islam dan Khaibar. 
    Rasulullah s.a.w memanggil dua orang yang bertanggungjawab dalam memberi petunjuk tentang jalan yang terbaik menuju Khaibar yang mana salah seorang daripada mereka bernama Husail.Ini bertujuan agar mereka dapat masuk Khaibar melalui sebelah utaranya. kata salah seorang daripada keduanya : " Saya akan menunjukkan kepada engkau wahai Rasulullah". Baginda S.A.W bersetuju untuk membenarkannya dalam menunjuk jalan yang terbaik sehinggalah mereka sampai dipersimpangan jalan yang bercabang. Dia berkata ;" Wahai Rasulullah! Ini merupakan jalan-jalan yang boleh dilalui untuk menuju ke destinasi yang dituju". Rasulullah S.A.W meminta agar dia menamakan setiap jalan-jalan itu lalu dia berkata :"Nama salah satu daripanya ialah Hazan". Maka baginda S.A.W tidak setuju untuk melalui jalan itu. Dia berkata lagi :" Nama jalan lain ialah Syas". Baginda turut tidak mahu melalui jalan itu. Dia memberitahu lagi bahawa jalan seterusnya bernama Hatob dan baginda S.A.W tetap tidak bersetuju untuk melalui jalan itu.Husail berkata bahawa hanya tinggal satu saja lagi jalan yang bernama Marhab maka Rasulullah S.A.w terus bersetuju untuk melalui jalan itu untuk menuju ke Khaibar. dari sini kita dapati bahawa strategi merupakan satu perkara penting dalam sesuatu tindakan apatah lagi peperangan walau pu ia nampak sesuatu yang kecil. Sebab itulah kata Sayyidina Ali : Kebenaran tanpa organisasi atau pergerakan yang tersusun rapi akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun strategi dan organisasinya. 
    Tentera Islam terus mara menuju ke Khaibar dan mereka bermalam pada malam itu di satu kawasan yang berdekatan dengan Khaibar.Ini adalah merupakan antara strategi dalam peperangan di mana Rasulullah S.A.W apabila tiba di satu tempat dalam sesuatu peperangan maka baginda S.A.W tidak akan memulakan perangan melainkan pada pagi keesokan harinya. Selepas fajar menyinsing maka tentera Islam terus menuju ke Khaibar di mana penduduk Khaibar tidak sedar akan ketibaan mereka pada pagi itu. Penduduk Khaibar keluar menjalankan kerja-kerja harian mereka seperti biasa tanpa merasakan bahawa tentera Islam sedang mara menuju ke arah mereka sehinggalah mereka terpandang kemaraan tentera Islam barulah mereka merasa terkejut lalu bertempiaran melarikan diri ke kampung mereka.Apabila tiba di Khaibar lalu Rasulullah S.A.W terus memerintahkan agar tentera Islam berhenti seraya berdoa kepada Allah SWT.Ketika hampir dengan sebuah kubu musuh lalu baginda S.A.W mengumpul bala tentera Islam di situ tetapi al-Hubbab bin al-Munzir telah bertanya kepada baginda S.A.W tentang tempat itu adakah ia merupakan wahyu atau pun sebaliknya kerana beliau tahu tentang selok-belok keadaan di situ. Beliau mencadangkan agar tentera Islam berpindah ke tempat lain kerana tempat itu begitu merbahaya disebabkan musuh berada berhampiran mereka iaitu dengan jarak lontaran anak panah sahaja dan mereka juga berada ditempat yang tinggi daripada tentera Islam.Tentera musuh mampu bergerak pantas dalam memecah-belahkan tentera Islam serta mampu menyerang hendap tentera Islam pada waktu malam dengan berselindung di sebalik pohon-pohon tamar yang banyak. Mendengar penjelasan ini lalu baginda S.A.W mengarah agar tentera Islam berpindah ke tempat yang lebih stategik dan selamat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa seseorang pemimpin pada sesetengah keadaan perlu meminta dan mendengar pandangan yang terbaik daripada orang bawahan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan dalam sesuatu pergerakan terutama peperangan.

Perlantikan panglima perang dan meletusnya peperangan antara kedua pihak

    Selepas itu Rasulullah S.A.W telah mengatur strategi perang seterusnya iaitu merancang untuk memulakan serangan selepas Subuh keesokan harinya. Keesokan paginya ketika mahu melantik panglima perang, baginda mencari-cari mereka yang layak dan akhirnya baginda bertanya tentang Sayyidina Ali bin Abu Tolib.

Para

sahabat mengatakan bahawa Sayyidina Ali sakit mata lalu baginda meminta agar beliau tampil ke hadapan. Dengan pertolongan Allah SWT selepas baginda memegang bahagian mata Sayyidina Ali maka matanya kembali pulih seperti tidak pernah sakit mata sebelum ini. Sayyidina Ali mengetuai bala tentera Islam dalam menentang musuh dan menawan kubu-kubu mereka di mana sebelum itu Rasulullah S.A.W telah berpesan agar beliau menjalankan amanah ini dengan baik dan apabila tiba di kawasan musuh maka serulah mereka kepada Islam terlebih dahulu. Beritahu mereka tentang kewajipan mereka terhadap Allah.Inilah ia kebaikan dan kebenaran Islam di mana ia tidak menyuruh agar menyerang musuh secara membabi buta tanpa memberi peluang kepada musuh untuk bertaubat atau pun berdamai dengan syarat patuh dan tunduk dengan perundangan Islam yang dilaksanakan dalam Daulah Islam walau pun mereka tidak memeluk Islam.Islam bukan agama yang menghalalkan darah musuh tanpa sebab di mana serangan hanya boleh dilakukan apabila musuh degil dan tetap tidak mahu tunduk kepada Islam serta berusaha memeranginya. Jika dikatakan bahawa Islam memaksa orang bukan Islam untuk kepada hukum Islam maka jawapannya memang setiap apa sekali pun mahu setiap orang lain untuk tunduk kepada mereka seperti komunisme mahu rakyat tunduk kepadanya dan berusaha melebarkan pengaruhnya dengan cara yang lebih zalim begitu juga dengan sekularisme dan ideologi yang lain. Kita lihat sekarang ini Amerika Syarikat mahu menguasai dunia dan mahu setiap negara patuh dan tunduk kepada setiap arahn yang dikeluarkan. Begitu juga kita lihat bagaimana yahudi mahu menguasai dunia dalam jarak masa yang telah dirancangkan dengan terlebih dahulu membina sebuah pusat zionis antarabangsa di Palestin. Begitu juga kita lihat kekejaman Serbia di Kosovo sekarang ini adalah bagi memastkan Islam tidak tersebar dan pengaruh Kristian terus kekal di Eropah dan usaha mereka dibantu oleh NATO dalam suasana mereka mengatakan bahawa mereka mahu menghentikan krisis Balkan.Hindu mahu meluaskan pengaruhnya dengan mencetuskan kezaliman terhadap Kashmir dan begitulah seterusnya di mana masing-masing cuba mempengaruhi orang lain dengan caranya yang tersendiri. Apakah kesalahan Islam apabila

cuba

mempengaruhi manusia sedangkan ia merupakan agama yang sebenar yang wajib dianuti oleh semua orang. Cuma cara Islam mempengaruhi orang lain jauh berbeza dengan cara ideologi atau pun agama lain dalam mempengaruhi manusia. Ia telah menggariskan cara dan matlamat sebenar berdasarkan kebenarannya dan juga kasih sayang serta keadilan yang perlu dihormati oleh setiap pejuang Islam.Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk memeluk Islam tetapi sentiasa membuka peluang kepada mereka untuk mengetahui tentang Islam. Islam melarang kita mencaci agama mereka dan merobohkan gereja atau pun kuil mereka tetapi sebaliknya mengajak orang bukan Islam untuk berdiskusi tentang kebenaran Islam dan kesesatan mereka.Tetapi masalah yang dihadapi sekarang di negara kita yang diperintah oleh pemimpin sekular yang sentiasa menggunakan Islam untuk tujuan politik semata-mata tanpa ada usaha pun ke arah pelaksaannya secara menyeluruh. Mereka turut berperanan besar dalam menakutkan orang bukan Islam tentang Islam dan juga terus membenarkan jenayah murtad berleluasa tanpa ada hukuman yang sewajarnya. Agensi-agensi agama serta media masa hanya digunakan untuk mengaburkan pandangan rakyat tentang Islam yang sebenar bagi menjaga kedudukan politik mereka bukannya digunakan sepenuhnya untuk menerangkan tentang Islam.Mereka sendiri jahil tentang Islam dan ulama’ upahan mereka hanya tunduk pada kata-kata mereka bukannya membantu mereka untuk menerangkan tentang Islam.Sampai bilakah ia akan terus berlaku?. Lakukanlah perubahan dengan kita menumbang kerjaan sesat dan zalim dan menggantikannya dengan kerajaan yang berteraskan Islam. Mengapa kita perlu takut dan terus gerun untuk menukar kerajaan yang ada. Lupakah kita tentang janji Allah untuk memberikan kita kemenangan di dunia dan akhirat jika kita membantu dalam menegakkan Islam?.Mengapa orang bukan Islam boleh tunduk pada sistem penjajah yang mana mereka bukan warganegara kita sedangkan mereka takut untuk berada di bawah keadilan sistem Islam. Ingatlah kata-kata ulama’ bahawa seseorang itu akan memusuhi setiap apa yang tidak diketahuinya.Oleh itu orakkan langkah dan aturkan gerak dalam memastikan kejahilan umat Islam dan orang bukan Islam tentang Islam mampu ditangani. Ingatlah bahawa perjuangan yang berteraskan Islam akan dibantu oleh Allah. 
    . Akhirnya tentera Islam dapat menawan kesemua kubu-kubu musuh kecuali dua kubu yang terakhir di mana penduduk dalam kedua-dua kubu ini menyerah diri. Akhirnya mereka keluar daripada kubu mereka dan meninggalkan bumi Khaibar dalam keadaan sehelai sepinggang. Selepas mereka meninggalkan kubu mereka maka tentera Islam dapati dalam kubu itu senjata yang begitu banyak disamping suhuf-suhuf daripada kitab Taurat. Selepas itu ada dikalangan yahudi yang menuntut suhuf tersebut lalu baginda S.A.W meminta agar diserahkannya kepada mereka. Dalam peperangan ini seramai 93 orang yahudi mati dan 15 tentera Islam gugur syahid. Kita dapat melihat bagaimana kedegilan yahudi ini begitu jelas sehingga mereka terpaksa dihalau dari Madinah dan beberapa tempat sekitarnya walau pun mereka bukanlah suatu kaum majoriti pada masa itu. Mereka kini membalas dendam tetapi tidak mempunyai alasan kukuh dalam mengusir umat Islam dari tanahair mereka sendiri.

Berkahwin dengan Sofiyyah dan Cubaan meracun Rasulullah S.A.W

    Dalam membahagi harta rampasan ini maka didapati ada sebahagiannya telah disorokkan oleh dua orang anak Abu al-Hakik di mana salah seoarang bernama Kinanah. Kedua-duanya telah dibunuh kerana kesalahan dan kedegilan mereka di mana Kinanah mempunyai isteri yang bernama Sofiyyah dan dia telah dikahwini oleh Rasulullah S.A.W setelah suaminya mati dan dia sendiri memeluk Islam.Rasulullah S.A.W telah mengadakan sedikit majlis perkahwinan mereka yang mana Ummu Sulaim telah mengandam Sofiyyah. Pada suatu hari Rasulullah S.A.W terlihat bagaimana muka Sofiyyah kemerahan lalu bertanya mengenainya lalu dia memberitahu : " Wahai Rasulullah! Aku telah lihat sebelum ketibaan engkau ke kampung kami seperti bulan jatuh daripada tempatnya lalu jatuh kebilikku. Dan tidak demi Allah akau tidak menyebut tentang dirimu sesuatu. Ketika aku menceritakan kepada suamiku maka dia telah memukul mukaku. Suamiku berkata : Engkau berangan untuk mendapatkan raja di Madinah". 
    Diakhir peristiwa ini ada seorang perempuan telah menghidangkan satu bahagian daging kambing kegemaran Rasulullah S.A.W di mana ia diletakkan racun. Di sini sekali lagi kita dapat melihat bagaimana Allah SWT sentiasa membantu rasulNya dengan perantaraan malaikat yang memberitahu tentang racun tersebut. Walau bagaimana pun Basyar bin al-Barra’ bin Ma’rur yang berada bersama Rasulullah S.A.W telah memakan daging kambing itu lalu mati. Rasulullah S.A.W terus memanggil perempuan itu lalu bertanya mengenai tujuan sebenar dia meletakkan racun pada daging kambing itu. Perempuan itu mengatakan bahawa dia ingin tahu tentang kerasulan baginda di mana jika baginda merupakan malaikat maka dengan sendiri baginda tidak akan menyentuh daging kambing itu dan jika baginda merupakan rasul maka baginda tidak akan makan daging itu kerana akan diberitahu oleh Allah SWT tentang racun itu. Mendengar jawapan perempuan itu lalu Rasulullah S.A.W memaafkannya. 
    Persilihan yang berlaku di sini adalah mengenai hukuman terhadap perempuan ini atas kesalahannya membunuh. Sebagaimana  yang disebut oleh imam Muslim bahawa perempuan yahudi ini memeluk Islam selepas peristiwa racun itu maka Rasulullah S.A.W tidak membunuhnya.

Biografi : 
1. Ar-Rahikul Makhtum, Sofiyyurrahman al-Mubarakfuri, Darul Salam,

Riyadh

. 
2. Fiqh as-Sirah, Doktor Muhammmad Sa’id Ramadhan al-Buthi, Darul Fikir. 
3. As-Sirah an-Nabawiyyah, Doktor Mustafa as-Siba’ie, Al-Maktab al-Islami.

Jemputan kwn2 Friendster ke walimatulurus di rumah saye..

July 18th, 2005 by azreenahjmastor

Assalamualaikum wa rahmatuLLAHI wa barokatuh

-Hajjah Kamsah Bt Hj Hashim-
& sekeluarga

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi,
sejambak mawar, setepak sirih kami hulurkan untuk
mengundang

Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik(sahabat2 di
Friendster)&suami/isteri sekeluarga

Bagi menyerikan walimah puteri&putera
kesayangan kami;

Azlin Hj Mastor dengan Azizan Hj Hassan

dan

Aizul Fiteri Hj Mastor dengan Norzianti Wasil

Pada

Sabtu,30 Julai 2005 (8:30pm-11:30pm)
& Ahad, 31 Julai 2005 (10 am-5pm)

di kediaman kami;
1728, Jalan Batu 7 Sijangkang,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.

Semoga kehadiran saudara/saudari akan
menambahkan lagi seri & berkat majlis kami.
Sekian,wassalam.

Turut mengundang;
Afidah
Asmah &Hisam
Azreena
Aizul Azhari
&seisi keluarga.

*********************
“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang
dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar
kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan
kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-
Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk
menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya
Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau
kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka.
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang
sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan
jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-
hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak
kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini
dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-
Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat
(pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika
Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-
hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan
agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik
pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah,
perkenankanlah doa kami”

p/s: DATANG,SEMUA..JANGAN TAK DATANG.

Oh Tuhan,tunjukkan ku jalan!

June 23rd, 2005 by azreenahjmastor

(untuk kamu yg rasa-rasa mcm pernah singgah dlm hidup aku..I dedicate this 2 you!)

SAHABAT SEJATI

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
MOGA IKATAN UKHWAH YANG DIBINA
KE AKHIRNYA…

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

It’s so impossible for us to be like we were before. Sbb imam asy-syafie (if i’m not mistaken) pernah menyebut.."perjalanan yang paling jauh adalah perjalanan untuk kembali ke masa silam."tapi,insyaALLAH,kita tetap akan jadi sahabat/saudara dunia&akhirat.walau apapun terjadi,kita tetap islam.tiada sesiapa antara kita yg berpegang pada kalimah "la ILAHA illaLLAH muhammadur-rasuluLLAH" boleh memutuskan silaturrahim.moga kita tergolong dalam 7 golongan yg disebut oleh world-idol S.A.W. mendapat naungan di hari akhirat,salah satunya…"dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah". InsyaALLAH…

waLLAHU TA’ALA a’lam..

antara kawan dan sahabat…

June 22nd, 2005 by azreenahjmastor

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS & THE MOST MERCIFUL… Assalamu’alaikum pd yg sudi (mungkin tak sengaja ter’klik’) baca blog aku.

Fuh…1st time ih tulis blog..em..kiter sekarang berada di friendster.so aku rasa mmg sesuei bebenor la kalau cakap pasal topik ni.sepanjang aku hidup lebih 22 tahun ni,mcm2 ghope kawan yg aku jumpa /kenal..

ada yg org nmpk kitorg mcm kamceng giler..tapi hakikatnye sendiri makan hati…

ada yg niat dlm hati nak ajak sama2 berubah jd lebih best..tapi kdg2,aku plak yg terpengaruh.huh.. (-_-)

ada yg baik sebenornye,tapi sumtimez dia cm selfish lak..tak hormat perasaan orang.

ada yg sekadar kenalan..ter-kenal kat sekolah,program,masa study,tmpt kije etc…

ada yg baru je kenal,tapi blh console aku bile aku tgh down…memang baikla…

ada yg..bla..bla…ape-ape ajelah..

yg PALING PENTING…aku bersyukur aku dikurniakan 3 org yg cukup istimewa…bukan kawan,tapi sahabat…

yg sorg tu,kamcing sejak kecik2 lagi,share minat y sama & sanggup borak2 sampai kul 5-6 pagi,sejak zaman hingus hijau pekat meleleh sampeila dah besor pjg + cun melecur ni.(aku je yg panjang,kamu tetap ‘rendang’!kes..kes..kes…).mcm2 benda kite wat sama2…dari benda2 merapik zaman kuno dulu,sampai la ke benda yg berpekdah gak la bile dah tua bangka ni.

lagi sorang,hm..HUIH!!!dah 10thn ek,kite kenal..dulu terpisah lbh kurg 5 thn gak la,sbb minah ni pindah skolah mcm org lari dr rumah..tak habaq kat sapa2 pun,blah gitu je.hampes la ngko ni.at last,jumpa balik masa hang kt MCIIUM,pj.cara kitorg berjaya jejak kasih mmg ntah ape ape.pakai surat beralamat "matrikulasi kejuruteraan,UIAM,PJ".mcm gitu je aku bubuh alamat.tp alhamduliLLAH.jumpa gak kita akhirnya.ALLAH selalu bagi kite instinct,kan?

lagi sorang,baru kenal thn 2000,kenal 1thn++.lps 3thn terpisah,tak sangka lak at last bertemu semula (sebab gerak hati&jodoh dari ALLAH) sbgi housemate cum kapcai-mate!mengajar aku teknik2 menjadi minah rempit muslimah ala-ala brutal.sntiasa bersama walau sering dipisahkan oleh sempadan geografi.tak kisah walaupun kena naik bas berjam2 lamenye sampai kebas punggung.sejak kenal smpi la ni,byk perubahan pd diri aku yg disebabkan oleh dia dgn kehendak DIA.

itulah pastinya ke’magic’an ukhwahfiLLAH…kadang2 rasa mcm tak layak je aku dipinjamkan oleh DIA 3org manusia ni…sama2 menangis bila aku menangis & sentiasa mengingatkan aku bile aku dok ketawa&nyengih je tak ghenti2..(takut aku alpa kot…)

aku tak gheti nak buat ayat,mengarang tentang apa itu kawan & apa itu sahabat.tapi,aku fikir punya fikir punya fikir,mesti ada sebabnye,kenapa org2 yg hidup sezaman dgn RasuluLLAH SAW dulu digelar ’sahabat-sahabiah’,dan bukanyya ‘kawan’.sedikit quote yg insyaALLAH aku akan ingat sampai aku meninggal dunia nnti…"istilah sahabat dan kawan adlah lain.kawan adalah kawan yg kita sekadar kenal dan wujudnya masa bersama terutama masa senang. ttp sahabat adlah sahabat dunia akhirat dimana sampai boleh berjanji apabila salah seorang yg meninggal dahulu, sahabat sorang lagi akan memandikan sahabatnya yg telah meninggal dunia.dan sering bersama waktu senang dan susah." ~nora,14 Jun 2005

kepada semua.tak kisahlah kawan -or- sahabat,terima kasih atas sebuah perkenalan&segalanya yg korang pernah bagi kat aku.kalau aku dah tak ada lagi kat dunia ni,maafkan aku atas segala2nya.tuntutlah apa2 milik korang yg aku lupa nak pulangkan sementara kita sama2 masih hidup lagi.maaf kalau tak dapat melihat tingginya nilai yg ada dlm diri korang.pengiktirifan aku terhadap korang ;sahabat -or- kawan tak penting&tak memberi apa2 kesan pd korang.mungkin aku perlukan lebih masa utk mengganggap korang sbgi sorg sahabat.aku cuma manusia biasa yang kadang2 bodoh.dahla bodoh,buta pulak tu…

ah..mungkin aku terlalu sibuk menilai ’siapa’ kawan2 aku terhadap aku.tapi mcm ne pulak aku?aku ni jenis kawan/sahabat yg mcmne?bagus ke kawan dgn aku?best ke perangai aku kat kawan2 aku…?

hm..aku kena muhasabah diri sendiri…